Rehatkan Zahid Daripada Tugas TPM – Faizal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dinasihatkan bertegas supaya Datuk Seri Ahmad Zahid direhatkan daripada tugas beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi fokus kepada proses perbicaraan mahkamah, seterusnya membuktikan beliau tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan yang disabitkan.

Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tindakan itu bagi menjamin sistem kehakiman negara yang bebas dan adil, selain menjamin perbicaraan yang telus tanpa sebarang campur tangan dan penangguhan.

“Bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan, Zahid digesa direhatkan dari tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“la berikutan permohonan yang difailkan Zahid kepada pihak mahkamah untuk pasport beliau dikembalikan secara kekal, walaupun dokumen itu sebelum ini telah diserahkan bagi mematuhi syarat ikat jamin perbicaraan yang masih berlangsung, berkaitan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

“Dalam permohonannya, Zahid mendakwa beliau telah diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk mewakilinya dalam beberapa urusan pentadbiran negara, selain bagi melancarkan pergerakan, urusan dan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri, yang dikehendaki berada di dalam dan di luar negara,” kata Faizal dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau lagi, permohonan yang menggunakan alasan kepentingan negara ini nyata dilihat memberi tekanan kepada pihak mahkamah serta hakim dan akan menganggu proses perbicaraan.

“Walaupun ia menjadi kuasa mutlak hakim untuk memulangkan pasport berkenaan, namun bidang tugas yang dipegang Zahid yang dalam pentadbiran kerajaan ketika ini, akan memberi kesan kepada kuasa bidang kehakiman untuk menjamin perbicaraan yang efisyen, lancar serta tapa penangguhan.

“Pemulangan pasport berkenaan pastinya akan menyebabkan lebih banyak kelewatan dalam proses perbicaraan, dengan pelbagai alasan urusan tugas, seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.

“Hakikatnya, pentadbiran negara mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang masih berdepan perbicaraan 47 pertuduhan di mahkamah ketika ini juga perlu dilihat sebagai perosak kepada komposisi Jemaah Menteri sera kerajaan secara keseluruhan.
la adalah satu penghinaan kepada majoriti pengundi dalam pilihan raya umum ke-15, yang mengharapkan sebuah kerajaan bersih, telus dan berintegriti,” ujar beliau.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat