Tak usah pujuk lagi, UMNO dah sedar niat jahat Bersatu – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Barisan Nasional (BN) tetap berkawan dengan Bersatu, tetapi tak usah pujuk untuk kerjasama lagi kerana sudah jelas niat jahat mereka mahu menamatkan riwayat UMNO,” demikian tegas Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersatu cuba ‘membunuh’ dan menggantikan UMNO.

Najib memetik kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri yang secara terbuka memberitahu bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

“Cukup kreatif alasan-alasan depa,” catat Najib di Facebooknya

Menurut beliau, akar umbi UMNO dah lama sedar niat dan hasrat sebenar parti Bersatu adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya.

“Jadi dengan pengakuan umum parti Bersatu semalam, saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan kita bekerjasama dengan Bersatu akan hentikan usaha mereka.

“Kawan-kawan dalam Muafakat Nasional (MN) yang masih seru kita untuk menerima Bersatu pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi.

“Sebab kami tak faham kenapa UMNO perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat mereka untuk tamatkan UMNO,” tegas Ahli Parlimen Pekan itu lagi.

Malah ujar Najib, sejak rakaman audio “scheme of things” terbongkar di mana PM8 (Muhyiddin) dedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan GLC, kami dah sedar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat