Bersaing secara demokratik, kerjasama antara parti terus berjalan – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyatakan tetap mempertahan dan memperjuangkan semangat muafakat dan kerjasama rentas sempadan yang menjadi dasar kepimpinan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau malah menegaskan tidak perlu berpatah arang berkerat rotan merujuk kepada perselisihan yang terjadi antara parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kerajaan Persekutuan akan terus mendokong semangat muafakat dan kerjasama kalangan parti gabungan yg membentuk Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Malah dasar kerjasama rentas sempadan kepartian,termasuk dengan pembangkang terus dilaksana khasnya bagi perkara berkaitan kepentingan rakyat,” tegas beliau.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memaklumkan kerjasama antara parti-parti ini tidak menghalang parti-parti gabungan bersaing secara demokratik di peringkat negeri dengan terus memberi peluang rakyat membuat pilihan.

“Hak dan kebebasan setiap parti gabungan terus dihormati.

“Inilah ‘orde baru’ politik masa kini, yang lebih matang,lebih luwes (fleksibel) dan lebih terbuka.

“Tidak perlu berpatah arang berkerat rotan,” ujar beliau. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat