“Kita sedang kalah melawan Covid-19” – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dinilai sebagai satu langkah yang sia-sia dalam peperangan menentang gelombang Covid-19,kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi.

“ Saya tidak peduli apa jua niat sebenar kerajaan untuk melaksanakan PKP 2.0 ini namun yang penting bagi saya dan seluruh rakyat adalah untuk melihat Malaysia menang dalam perperangan melawan Covid-19
.
“ Saya percaya bahawa rakyat dan petugas barisan hadapan berkongsi satu perasaan yang sama iaitu “kita sedang kalah”, ujar Aziz.

Menurut beliau, persepsi ini juga dilihat semakin negatif apabila terdapat sebahagian besar rakyat merasakan bahawa niat sebenar PKP 2.0 ini diadakan telah terpesong serta mempunyai kepentingan politik demi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Kata Aziz, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa PKP 2.0 perlu diambil untuk memutuskan rantaian jangkitan penularan virus Covid-19 dan untuk mengelakkan insiden peningkatan kes yang mendadak dalam tempoh masa singkat.

“ Setelah 14 hari tempoh pelaksanaan tindakan ini, kita mendapati bahawa kes jangkitan wabak ini tidak pun berkurangan secara berkesan dan dikhabarkan pula melalui media perdana bahawa Ketua Pengarah Kesihatan menyatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menyambung perintah ini selepas 4 Februari 2021.

“ Ini bermaksud bahawa PKP 2.0 yang bermula pada 13 Januari yang lepas tidak membawa apa-apa erti malah boleh dikatakan sebagai tindakan yang sia-sia kerana dua hasrat yang dinyatakan tersebut gagal untuk dicapai.

“Sudahlah ekonomi rakyat terjejas, tetapi kadar jangkitan pula tidak menurun! Tegas beliau.

Susulan itu, Aziz menyeru kepada kerajaan untuk tampil telus di hadapan rakyat serta memberi makluman sebenar di manakah kluster tertinggi berlakunya jangkitan tersebut dan berani untuk melakukan tindakan yang tegas untuk menanganinya.
“Percanggahan keperluan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jelas memperlihatkan kelemahan kerajaan dalam mengambil tindakan serius untuk membendung penularan wabak ini dan secara tidak langsung memperjudikan nyawa dan kesihatan rakyat.

“ Semoga Allah selamatkan Malaysia dan rakyatnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat