Politikus bertindak macam dirasuk syaitan, Khalid bidas Abdul Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Orang muda Melayu Islam tidak mendaftar sebagai pengundi kerana melihat ahli politik yang bertindak seolah-olah dirasuk syaitan kata, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.

Beliau berkata demikian sebagai respons balas kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beranggapan ramai orang muda Melayu beragama Islam di negara ini “dirasuk syaitan-syaitan” tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.

“ Saya rasa mereka tak berdaftar sebagai pengundi kerana melihat ahli politik yang bertindak seolah-olah dirasuk syaitan.

“ Khususnya golongan penjual agama yang sanggup menghalalkan yang haram termasuk rasuah, khianat, perkauman dan sebagainya,” bidas Khalid.

Beliau mendakwa politik Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PAS dilihat kotor dan jijik.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berkata, sikap itu berlaku kerana mereka terpengaruh dengan syaitan berwajah manusia.

“Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.

“Pemikiran Islam dalam diri mereka tidak bermaya, khususnya dalam kalangan bangsa yang beragama Islam.

“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu,” katanya.

Menurut Abdul Hadi pada masa sama bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat