Portugal ‘Dikuasai’ Varian Omicron, Punca 61.5 Peratus Jangkitan Baru Covid-19

- Advertisement -

LISBON – Omicron menjadi varian dominan di Portugal apabila lebih 10,000 kes harian COVID-19 direkodkan di negara itu semalam, kata Agensi Kesihatan Kebangsaan.

Portugal, antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi dunia, sudah mula memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke atas.

“Varian Omicron sudahpun menjadi dominan di Portugal, menyumbang 61.5 peratus daripada keseluruhan jangkitan pada 22 Disember,” kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Semalam saja, Portugas merekodkan 10 lagi kematian dan 10,016 kes positif, sedikit berkurangan jika dibandingkan angka kes COVID-19 kelmarin dengan 11 kematian dan 12,943 kes jangkitan dilaporkan.

Negara itu mewajibkan bekerja di rumah, mengarahkan penutupan bar dan kelab malam selain mewajibkan pemakaian pelitup hidup dan mulut.

Pengembara yang memasuki negara itu pula perlu mengemukakan ujian saringan RT-PCR dalam tempoh tiga hari, meskipun sudah divaksinasi. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat