Tiga Cedera Letupan Kereta Di Nashville

- Advertisement -

WASHINGTON: Bandar Nashville, Amerika Syarikat (AS) digegarkan dengan letupan berpunca daripada sebuah kenderaan dipercayai dipasang bom, awal pagi semalam.

Letupan itu memusnahkan cermin bangunan dan pokok, mencederakan tiga orang dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 20 bangunan perniagaan rosak teruk, permukaan jalan menjadi hitam, serpihan kaca, pokok dan batu-bata bertaburan di kawasan perniagaan, restoran dan bar akibat letupan itu.

Sebelum insiden yang memecah keheningan pagi Krismas itu, polis menerima laporan mengenai bunyi tembakan dilepaskan pada sebuah kenderaan di bandar itu.

Satu mesej yang dirakam dan dimainkan dengan kuat daripada kenderaan itu memberi amaran bom akan meletup dalam tempoh 15 minit, memberi masa yang cukup untuk skuad bom mengosongkan kawasan sebelum letupan berlaku, kata Ketua Polis Nashville, John Drake dan jurucakap, Don Aaron, kepada wartawan.

Saksi memberitahu akhbar Tennessean mengenai amaran itu, yang rakamannya menggunakan suara wanita, membuat kiraan sebelum letupan berlaku.

“Selamatkan diri sekarang. Ada bom dalam kenderaan ini yang akan meletup,” kata seorang saksi menceritakan mengenai mesej itu.

Gambar yang tersebar di media sosial selepas insiden itu menunjukkan asap hitam menjulang ke udara daripada kenderaan yang meletup dan terbakar itu, serta keadaan hadapan kedai yang musnah.

Letupan itu berlaku berhampiran kemudahan komunikasi AT&T dan syarikat itu memaklumkan, perkhidmatan di Nashville dan kawasan sekitar mungkin terganggu kerana kerosakan akibat letupan itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville turut menggantung beberapa penerbangan kerana ‘isu telekomunikasi’ yang dikaitkan dengan letupan berkenaan.

Presiden Donald Trump dan yang baru dipilih, Joe Biden dimaklumkan mengenai kejadian itu yang ketika ini disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Biro Alkohol, Rokok, Senjata dan Bahan Letupan.

Pasukan penyiasat setakat ini masih menilai motif kejadian tetapi menolak ia mempunyai kaitan dengan rangkaian plot keganasan domestik. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat