Arsenal Dijangka Terus Tersungkur

- Advertisement -

KOLUM APA KATA EPL

Perasaan gembira menyambut Krismas dan cuti panjang tahun baharu tentunya turut dirasai peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini termasuk di negara kita. Pun begitu rasanya, keseronokan itu tidaklah dapat dikongsi bersama penyokong tegar Arsenal kali ini.

Berbanding musim-musim terdahulu setiap kali tibanya `Boxing Day’, The Gunners kini tidak lagi berada pada kedudukan baik liga. Musim ini, selepas 14 perlawanan, skuad bimbingan Mikel Arteta kini menghuni tangga ke-15 dan sekali gus berada hampir di zon penyingkiran.

Susulan prestasi buruk itu, mereka kini ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. Dan tambah menyedihkan, apabila Arsenal turut tersingkir daripada Piala Liga Inggeris pada pertengahan minggu apabila tewas 1-4 kepada Manchester City di peringkat suku akhir.

Kemenangan ke atas pasukan calon juara liga ini sudah pastinya akan memberi motivasi ke atas skuad Arteta menjelang sambutan tahun baru. Sebaliknya, satu lagi kekalahan akan menyebabkan pasukan itu tercicir ke zon penyingkiran manakala Arteta berdepan pemecatan.

Soalnya, mampukah Arsenal mengatasi jirannya di London itu? The Blues yang dibimbing Frank Lampard sebelum aksi ini, menewaskan West Ham 3-0 pada aksi terakhir untuk kembali lima teratas liga dan hanya ketinggalan enam mata di belakang Liverpool yang menghimpun 31 mata.

Mengikut rekod lalu, Chelsea hanya tewas dua kali daripada 17 pertemuan (9 menang 6 seri) dengan Arsenal sebelum ini iaitu tunduk 0-3 pada September 2016 dan 0-2 Januari 2019).

Sebaliknya, The Gunners pula berbangga dengan rekod tidak pernah tewas di laman sendiri dalam 12 aksi (10 menang dua seri) Boxing Day. Dan mereka juga menang semua sembilan aksi terakhir di tempat lawan saingan liga termasuk 2-1 ke atas Chelsea pada 2011.

Apapun, realitinya kini, skuad Arteta sebenarnya berdepan tugas berat. Dengan Lampard kembali mendapat semula keyakinan selepas dikejutkan Wolves, 1-0, 16 Disember lalu, aksi di Emirates harus dilihat memihak The Blues.

Dalam pada itu, Liverpool dijangka tiada masalah mengutip mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga apabila menyambut kunjungan pasukan kedua tercorot, West Brom tengah malam esok. Minggu lalu, mereka membelasah Crystal Palace, 7-0.

Pasukan tangga kedua liga, Leicester City pula akan menyambut Manchester United di Stadium King Power. United yang menduduki tangga ketiga liga, hadir dengan semangat membara selepas layak ke separuh akhir Piala Liga pada pertengahan minggu.

Seri atau kalah bakal menyaksikan mana-mana pasukan ini tercicir dengan Everton sudah pasti memintas, apabila dijangka mudah membenam Sheffield esok. City juga dijangka turut melonjak apabila dijangka mudah mengatasi Newcastle di Etihad awal pagi esok. Selamat menonton.

Ramalan Minggu Ini:

Leicester 2-3 Man United

Fulham 1-3 Southampton

Aston Villa 4-1 C Palace

Arsenal 1-3 Chelsea

Man City 5-0 Newcastle

Sheffield 0-4 Everton

Leeds 1-1 Burnley

West Ham 2-1 Brighton

Liverpool 5-0 West Brom

Wolves 1-2 Tottenham

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat