Kaedah saingan terbuka banteras monopoli baja subsidi sedang diteliti KPKM – Mat Sabu

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Cadangan pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka sedang diteliti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah itu sebagai usaha bagi membanteras monopoli dalam pembekalan baja bersubsidi.

“Melalui sistem persaingan terbuka ini, semua pengilang baja termasuk pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan mempunyai peluang yang sama untuk menyertai tender terbuka sekiranya diiklankan kelak,” kata Mohamad melalui jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai pendekatan baharu KPKM untuk mengelak monopoli dalam pembekalan baja subsidi kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pembekalan input pertanian bersubsidi kepada pesawah pada masa ini dilaksanakan pembekal tunggal yang dilantik kerajaan iaitu NAFAS.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas NAFAS dalam pembekalan dan pengedaran input pertanian bersubsidi sebelum ini.

“NAFAS juga mempunyai rangkaian organisasi pembekalan yang lengkap sehingga ke peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai jentera di lapangan dan merupakan stokis untuk pembekalan input pertanian itu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat