KPK akan sediakan kursus pertanian pintar, IoT untuk pekebun kecil lada – Fadillah

- Advertisement -

PADAWAN – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan menyediakan latihan serta kursus kepada pekebun kecil lada di Malaysia bagi memastikan komuniti itu dapat mengadaptasi teknologi pertanian pintar dan internet pelbagai benda (IoT).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata inisiatif projek rintis berkenaan dijangka mula diperkenalkan secara rasmi kepada pekebun lada Malaysia seawal 2025.

“Latihan dan kursus akan dilaksanakan oleh semua agensi (di bawah KPK) kita… pekebun sudah pasti akan diberikan nasihat serta sokongan teknologi untuk beralih menggunakan teknologi baharu,” katanya kepada pemberita selepas program Trek Komoditi 2023 Zon Sarawak di kebun lada Kampung Begu di sini hari ini.

Model teknologi itu dibangunkan secara tempatan dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sejak tahun lepas.

Teknologi itu kini dalam tempoh percubaan dan Lembaga Lada Malaysia masih dalam proses mengekstrak data bagi menguji keberkesanan teknologi itu di kebun-kebun komoditi itu.

“Kalau ia (projek rintis ini) berjaya, kita akan replicate dan sampaikan kepada semua pekebun kecil lada supaya mereka boleh tanam (lada) dengan kadar yang lebih baik berbanding sekarang,” katanya sambil menambah Malaysia merupakan pengeluar lada kelima terbesar di dunia.

Pada 7 Nov lepas, Fadillah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat memberitahu langkah kerjasama antara pemain industri dan Unimas itu bertujuan meningkatkan pengeluaran lada tempatan memandangkan jumlah pekebun kecil terlibat semakin berkurangan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat