Reformasi Hukuman Mati Mandatori: Meneroka Keadilan Restoratif

- Advertisement -

Oleh: Shah Johan

Kerajaan Madani di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar bin Ibrahim telah membuat kemajuan signifikan dalam reformasi sistem keadilan negara dengan memulakan semakan terhadap hukuman mati mandatori.

Perubahan yang diterajui oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said merupakan satu langkah permulaan yang seiring dengan perkembangan global yang menggalakkan pemeriksaan semula ke atas hukumantanpa pertimbangan individu ataupun yang dikatakan sebagai mandatori.

Perbezaan antara hukuman mati mandatori dan hukuman matibukan mandatori terletak pada kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan bagi setiap kes.

Dalam sistem hukuman mati mandatori, hukuman mati adalah hasil yang tetap dan wajib untuk kesalahan-kesalahan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang, tanpa mempertimbangkanfaktor mitigasi atau keadaan khusus yang berkaitan dengan tertuduh atau latar belakang jenayah tersebut.

Sebaliknya, hukuman mati bukan mandatori memberi kuasa kepada hakim untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti keadaan jenayah, latar belakang pelaku, dan kemungkinan pembaharuan.

Hakim boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman selain dari hukuman mati, seperti penjara seumur hidup, jika mereka merasakan itu lebih sesuai dengan keadaan kes tersebut. Ini memberikan fleksibiliti dalam sistem keadilan dan memungkinkan hukuman yang lebih adil dengan mengambil kira senario dan latar belakangbagi setiap kes jenayah.

Sebagai contoh, jika seseorang melakukan jenayah di bawah pengaruh atau tekanan yang kuat, hakim boleh mengambil kira keadaan tersebut dan memutuskan hukuman yang lebihsesuai daripada hukuman mati. Begitu juga, dalam situasi di mana terdapat potensi yang tinggi untuk pembaharuan dan pemulihan, hakim dapat menjatuhkan hukuman alternatif yang memberikan peluang kedua kepada terdakwa.

Selain itu, terdapat juga kes yang mana tertuduh menghadapi keterbatasan mental atau psikologi yang mungkin mempengaruhi keupayaan mereka untuk membuat keputusan atau memahami kesan perbuatan mereka, hakim juga dapatmempertimbangkan hal tersebut sebagai faktor mitigasi dan mungkin memilih untuk tidak menjatuhkan hukuman mati.

Melalui pendekatan ini, hukuman yang dijatuhkan dapat menjadi lebih adil dan berimbang, mengelakkan hukumanmati terhadap mereka yang mungkin tidak sepenuhnya layak menerimanya.

Perdebatan mengenai hukuman mati mandatori di Malaysia mendapat momentum seiring dengan pengenalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Perubahan ini memungkinkan hakim untuk menggunakan budi bicaramereka, yang sebelumnya terhalang oleh hukuman yang tetapdan tidak fleksibel. Dato’ Sri Azalina Othman Said, menyifatkan langkah ini sebagai pencerminkan komitmennegara terhadap hak asasi manusia dan keadilan restoratifserta bersifat manusiawi.

Pembatalan hukuman mati mandatori ini tidak hanyamemberikan gambaran positif mengenai sistem keadilanjenayah Malaysia, tetapi juga menempatkan Malaysia dalambarisan negara-negara yang telah mengambil langkah serupa.

Sebagai contoh, di United Kingdom, hukuman mati telah dihapuskan sejak tahun 1969 dengan penggantian hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat sebagai alternatif. Ini berdasarkan keyakinan global bahawa hukumanmati tidak sejajar dengan nilai-nilai hak asasi manusia.

Di Eropah, protokol keenam Konvensyen Eropah tentang HakAsasi Manusia telah memperjelas penolakan hukuman mati. Penghapusan hukuman mati mandatori telah menjadi tandaaras dalam hak asasi manusia yang diterima di kebanyakannegara Eropah.

Hakim-hakim di benua tersebut telahmengutarakan pendapat bahawa keadilan tidak semestinyaberakhir dengan pengorbanan nyawa. Seorang hakim dariMahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pernah mengatakan, “Hukuman mati tidak lagi sesuai dalam masyarakat yang beradab, di mana terdapat alternatif lain yang dapatmelindungi masyarakat dan menghargai martabat manusia.”

Pengalaman dari negara-negara seperti ini memberikan buktiyang berguna bagi Malaysia dalam menilai semula hukumanmati mandatori. Khususnya dalam konteks Asia, negara-negara seperti Filipina dan Kamboja telah menghapuskanhukuman mati, menunjukkan bahawa perubahan ini mungkindan dapat diterima dalam konteks budaya Asia.

Namun, keputusan untuk menghapus hukuman matimandatori tidak boleh dipandang ringan.

Terdapat pendangan daripada segelintir masyarakat yang percaya bahawa hukumanmati mandatori merupakan satu cara untuk mengekalkan ketertiban dan keselamatan dengan memberikan hukumanmaksimum bagi jenayah yang paling serius. Merekamemandangnya sebagai alat pencegahan dan sebagai bentukkeadilan yang tegas.

Di sisi lain, penentang hukuman mati mandatori menganggap bahawa setiap kes jenayah adalah unik dan memerlukan pertimbangan yang teliti untuk menentukan hukuman yang paling adil.

Mereka mengutip kajian yang menunjukkan tiada bukti yang meyakinkan yang menunjukkan hukuman mati sebagai langkah pencegah yang efektif dan menekankan potensi kesilapan yang tidak dapat diperbaiki dalam sistem keadilan.

Dalam konteks global, pengalaman negara-negara yang telahmenghapuskan hukuman mati mandatori boleh menjadipanduan bagi Malaysia. Sebagai contoh, Afrika Selatan telahmenghapuskan hukuman mati pada tahun 1995 dan Mahkamah Konstitusi negara tersebut telah menyatakanbahawa hukuman mati tidak sesuai dengan perlembagaanmereka yang baharu yang menjamin hak kepada kehidupan.

Hakim Mahkamah Konstitusi Afrika Selatan, Arthur Chaskalson, berkata, “Hukuman mati merupakan hukumanyang kejam dan tidak manusiawi dan tidak ada tempatuntuknya dalam masyarakat yang beradab.”

Memandang ke hadapan, Malaysia dapat menggunakanpeluang ini untuk menetapkan tanda aras baharu dalamkeadilan jenayah, yang tidak hanya mengekalkan keamanandan ketertiban masyarakat, tetapi juga menghormati hak asasimanusia dan martabat individu. Ini adalah langkah yang berani, dan dengan pengawasan yang teliti serta dialog yang berterusan, Malaysia dapat menjadi contoh bagi negara-negara lain dalam kawasan ASEAN dan di seluruh dunia dalam usaha mereka menuju reformasi sistem keadilan yang lebih adil dan berperikemanusiaan.

Reforms matimandatori di Malaysia bukanlah penghujung perjalanan tetapisebaliknya permulaan bagi usaha yang berterusan dalammeningkatkan sistem keadilan jenayah untuk mencerminkannilai-nilai yang kita junjung tinggi sebagai sebuah masyarakatyang beradab dan progresif.

Hukuman mati masih ada di Malaysia, tetapi tidak lagimandatori.

Penulis ialah Pemerhati Undang-undang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat