Selain pembangkang, ahli politik PN juga perlu henti politicking – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong supaya orang politik kurangkan politik.

Bagaimanapun,pengasas Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, titah berkenaan sudah tentu tidak terhad kepada ahli politik pembangkang sahaja, tetapi termasuklah ahli politik kerajaan.

“Pejuang juga sambut baik nasihat Yang Maha Mulia Duli Tuanku supaya orang politik kurangkan politik. Sudah tentu ini tidak terhad keapada ahli politik pembangkang sahaja, tetapi termasuklah ahli politik Kerajaan.

“Oleh itu, diharap ahli politik pembangkang menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

“Maka, ahli politik kerajaan dan kerajaan juga
perlu henti tindakan politik seperti melucutkan jawatan orang politik yang tidak sokong kerajaan, memberhentikan peruntukan wakil rakyat yang tidak sokong kerajaan, membeli penyokong parti lawan untuk menjatuhkan kerajaan parti lawan, memaksa pilihan raya diadakan kerana percubaan merebut kerajaan, menolak pendaftaran parti politik seperti Pejuang, dan bermacam lagi tindakan politik seperti sogokan wang dalam pilihan raya,” catat beliau di blognya,hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Pejuang tetap akan patuh kepada nasihat Agong, supaya politik di Malaysia menjadi stabil.

“Pejuang sanggup bekerjasama dalam usaha semua pihak menangani ancaman Wabak Covid-19.

“Hal demikian, sebagai pemimpin Pejuang yang belum didaftar, saya ingin menyatakan kesyukuran kami dan junjung kasih kami kepada Kebawah Duli Tuanku Agong yang telah utamakan kepentingan rakyat dengan membuat keputusan yang bijak terhadap cadangan mengisytihar darurat di negara tercinta ini,”ujar Dr Mahathir.

Tambah beliau, Pejuang sangat mengalu-alukan keputusan Yang di-Pertuan Agong bersama-sama Raja-Raja Melayu untuk tidak mengisytihar darurat di Malaysia seperti yang dipohon dan dipersembahkan oleh Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, rakyat tentu gembira dengan keputusan yang dibuat Seri Paduka Baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat