PKPB Di Selangor, KL dan Putrajaya Dilanjut 14 Hari Lagi

- Advertisement -

KUaALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober (esok) sehingga 9 November,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah seperti diumumkan sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari bermula 14 Oktober sehingga esok.

Perintah itu susulan peningkatan penularan Covid-19 di ketiga-tiga lokasi itu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat