Daulat Tuanku “Trending” Di Twitter

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘Daulat Tuanku’ menjadi ‘trending’ di laman Twitter sejak petang tadi (semalam) susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Kata-kata itu menjadi sebutan ramai apabila rata-rata netizen di laman tersebut menyatakan perasaan gembira atas keputusan yang dibuat oleh Al-Sultan Abdullah selepas pertemuan khas Raja-raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada petang tadi.

Seorang netizen, @OnlyeMie78 berkata, dia berharap Malaysia akan terus aman makmur dan berjaya melawan wabak Covid-19.

“Daulat Tuanku! Semoga Malaysia akan terus aman, makmur dan berjaya mengharungi detik getir Covid-19 ini dengan semangat bersatu padu dan jayanya,” katanya.

Sehingga kini, kata-kata dan tanda pagar Daulat Tuanku tersebut telah diciap lebih 13,000 kali di Twitter.

Terdahulu, baginda berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan kepada baginda hasil Mesyuarat Khas Kabinet pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat