Penduduk Semporna Terharu, Kerajaan Negeri Pantas Hulur Bantuan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seorang nelayan menzahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap kerajaan negeri Sabah yang pantas bertindak menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Terima kasih semua, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Saya berterima kasih kepada kerajaan, permohonan bantuan makanan untuk 27 keluarga telah diterima,” ujarnya melalui satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Terdahulu nelayan tersebut yang berasal dari Kg Halo Laut Hujung merayu kerajaan negeri agar segera menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menurutnya seramai 27 buah rumah masih lagi belum sebarang bantuan berupa bakul makanan.

“Kalau (kg) Bangau-Bangau di bahagian depan sudah terima bantuan tapi kami masih belum terima bantuan. Kami tiada makanan tuan, sebab itu perlu turun je laut.

“Kalau ada bantuan makanan dari kerajaan kami tidak akan turun ke laut akan ikut dan patuh oada undang-undang,” rayu lelaki tersebut kepada pihak berkuasa Marin pada Isnin lalu.

Tidak sampai enam jam selepas rayuan tersebut, kerajaan negeri melalui Pasukan Respon segera hadir bagi menyampaikan pek barangan bantuan makanan bagi mengurangkan beban penduduk.

Menurut Koordinator Hug Project, Mirmah Majinji kelewatan bantuan tersebut adalah disebabkan terdapat sedikit masalah logistik serta senarai penerima bantuan yang tidak lengkap.

Namun masalah itu segera diatasi tanpa sebarang kerenah biroksi bagi memastikan semua penduduk menerima bantuan.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kerajaan negeri pada ketika ini memberikan bantuan pada semua penduduk walaupun ada yang belum mendaftar dengan sistem e-kasih.

“Sebenarnya bantuan sakarang tidak lagi berpandukan ekasih, siapa yg terkesan sudah layak mendapat bantuan.

“Kerajaan negeri sabah akan sentiasa bertanggung jawab dalam apa keadaan sekali pun utk memastikan rakyat sabah mendapat bantuan keperluan,” ujarnya melalui satu ciapan di laman Twitter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat