Caj klinik KKM masih RM1, sangkal berita palsu naik RM15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nafi menaikkan caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menaikkan caj perkhidmatan klinik kesihatan kepada RM10 sehingga RM15 sedangkan kadar caj semasa adalah RM1.

“KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan,” jelas KKM di Facebooknya, semalam.

Justeru KKM menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu, dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat