Bukan Kabinet dirombak tapi lima KSU bertukar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Di sebalik desas-desus rombakan Kabinet namun berlakunya pertukaran ketua lima kementerian bakal terlibat beberapa pusingan kerja dan pelantikan baharu.

Pengumuman pertukaran lima KSU itu dimaklumkan
oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ketua setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berpindah sebagai KSU Kementerian Kesihatan; Datuk Seri Isham Ishak berpindah sebagai KSU Kementerian Pertahanan; manakala jawatan KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bakal diisi Hairil Yahri Yaacob, yang kini timbalan KSU Miti.
KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof pula berpindah sebagai KSU Kementerian Perpaduan manakala KSU Kementerian Perpaduan, Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Zuki memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa hari ini.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini dan percaya dengan kemampuan pegawai-pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian dan agensi masing-masing dalam menjayakan agenda Malaysia Madani,” katanya.

Difahamkan ura-ura rombakan Jemaah Menteri timbul susulan PRN di enam negeri pada Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat