Tindakan 2 Adun Bersatu Pahang sokong kepimpinan Wan Rosdy direstui parti – Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Tindakan dua Adun Bersatu Pahang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipersetujui Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Biro Politik parti itu.

Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, keputusan ini dibuat untuk menjamin kestabilan politik di negeri Pahang dan memastikan kebajikan rakyat di kedua-dua kawasan DUN berkenaan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan negeri Pahang

“Bersatu mengambil maklum tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Pahang daripada Bersatu iaitu Adun Kuala Setul Datuk Jasri Jamaluddin, dan Adun Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Tindakan ini dibuat melalui satu pemeteraian perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani oleh Menteri Besar Pahang dan kedua mereka.

“Kedua-dua Adun tersebut telah menyatakan hasrat mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk berbuat demikian dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

“Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan perkara ini dari segala sudut dan secara dasarnya menyokong tindakan tersebut,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat