‘Saya sampai jam 4 pagi anak sudah terlantar, masih tak sedarkan diri’ – Ibu pelajar jatuh tingkat 3

KUALA LUMPUR – Pelajar Tingkatan Tiga yang disyaki terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam masih tidak sedarkan diri.

Remaja berusia 15 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Ibu mangsa berkata, doktor memaklumkan anaknya ditidurkan dan akan melalui ujian pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT).

“Saya datang jam 4 pagi dan tidak tahu kejadian itu berlaku jam berapa. Hanya nampak anak sudah terlantar,” katanya.

“Itu sahaja dan saya tidak boleh komen lanjut,” lapor BH di Shah Alam pada Selasa.

Wanita itu berkata, beliau mampu bersabar menunggu di ruangan bilik bedah hospital sejak dari pagi tadi.

Pada masa sama, anak ketiga dari empat beradik itu disifatkan sebagai anak yang tidak mempunyai sebarang masalah, selain seorang yang lemah lembut.

Terdahulu, media hari ini melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan rakan sekelilingnya.

Katanya, ketika ini polis sedang mengumpulkan keterangan daripada saksi dan individu berkaitan.

“Sebarang spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujudnya unsur buli adalah terlalu awal untuk disahkan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat