Akmal tak sokong pembangunan sisihkan miskin bandar ke luar bandar

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan tidak akan menyokong bentuk pembangunan yang hanya akan menyisihkan golongan yang miskin bandar ke luar bandar.

Menurut beliau, jika di kawasan situ asalnya rumah mampu milik, maka wajib dibangunkan perumahan mampu milik bukan hanya perumahan mampu lihat sahaja oleh rakyat.

“Jika dulu zaman Datuk Seri Najib Razak mampu bangunkan 1Razak Mansion dengan persetujuan 100 peratus penduduk kenapa kali ini perlu menurunkan ambang persetujuan untuk bangunkan sesebuah kawasan bandar?

“Kita setuju untuk pembangunan,tetapi jangan pembangunan itu akan menyisihkan golongan yang miskin bandar ke luar bandar,jika di kawasan situ asalnya rumah mampu milik,maka wajib dibangunkan perumahan mampu milik bukan hanya perumahan mampu lihat sahaja oleh rakyat.

“Perlembagaan menjamin hak setiap rakyat Malaysia,” tegas Dr Akmal.

Beliau mengambil contoh yang berlaku pada 2017 ketika era pemerintahan Najib, penduduk asal perumahan flat Razak Mansion rasa bersyukur kerana permintaan mereka untuk mendapatkan kediaman lebih selesa di ibu kota telah ditunaikan kerajaan.

658 penduduk asal mendapat kunci perumahan yang ditukar nama menjadi Perumahan Awam 1Razak Mansion oleh bekas Perdana Menteri Najib.

Projek pembinaan semula itu bermula pada Disember 2014 dan siap sepenuhnya pada Disember 2016 dengan 9 bulan lebih awal daripada jangkaan.

Setiap penduduk mendapat sebuah unit pangsapuri baharu dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air berkeluasan 800 kaki persegi.

Bangunan asal Razak Mansion dibina pada tahun 1963 dan apabila siap ia telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak 4 tahun kemudiannya.

Pembangunan semula flat Razak Mansion kepada taraf apartmen menelan kos RM150 juta dan pemilik asal mendapat ganti rugi menerusi pemilikan satu unit setiap seorang bagi bangunan baharu itu.

Unit apartmen ganti dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu seramai 557 pemilik yang mempunyai Perjanjian Jual Beli dengan Dewan Bandaraya manakala 101 unit disewakan oleh pihak berkuasa tempatan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat