Senarai Anggota Kabinet Diumum Pagi Esok – PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai anggota kabinet baharu esok, manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula akan berlangsung Isnin depan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu pesanan ringkas berkata pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh perdana menteri dibuat pada pukul 11 pagi esok, manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pada pukul 2.30 petang Isnin, 30 Ogos.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada perdana menteri, di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos lepas.

Sementara itu, Ismail Sabri semasa meninggalkan Bangunan Perdana Putra petang ini ketika dihampiri media yang telah menunggu di luar bangunan itu sejak tengah hari tadi sekadar berkata: “Esok, esok, pukul 11”. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat