Pertemuan PM dan Pemimpin Pembangkang Hasil Budaya Politik Matang – PAS

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pemimpin pembangkang hasil Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), Dimensi baharu politik Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui Facebook beliau pada Khamis berkata, pendekatan Pas melalui BPMS dilihat sebagai semak dan imbang oleh pembangkang merupakan budaya politik yang perlu diperkasakan manakala tindakan kerajaan yang boleh diterima rakyat perlu disokong.

Menurutnya, pertemuan tersebut seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dan berusaha menangani Covid-19, menjaga kebajikan rakyat dan memperkasakan tadbir urus negara.

“Pas berharap budaya politik matang yang mengutamakan kesejahteraan negara menjadi dimensi baharu bagi sikap, pemikiran dan tindakan daripada ahli politik.

“Mereka menjadi pemimpin yang memberi teladan kepada rakyat,” katanya.

Pertemuan antara PM dan beberapa pemimpin pembangkang pada Rabu tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari persamaan terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat