Ismail Sabri Bawa Senarai Kabinet Menghadap Agong Di Istana Abdulaziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Abdulaziz, sebentar tadi.

Ismail Sabri sempat membuka tingkap kereta dan melambai kepada petugas media yang menanti kehadirannya di pekarangan istana.

Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri itu bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Jumaat lalu, tumpuan terarah kepada calon-calon yang bakal menyertai barisan Kabinet dalam pentadbiran Ismail Sabri.

Paling menjadi fokus ialah siapa bakal Timbalan Perdana Menteri.

Senarai Jemaah Menteri akan diumum selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat