Kerajaan Hasrat Lahir Lebih Ramai Pakar Bidang Kesuburan – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang kesuburan untuk menjadikan negara sebagai antara destinasi pelancongan perubatan dan tempat rujukan rawatan kesuburan di rantau ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kewujudan Pusat Reproduktif Maju (ARC), di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pusat rujukan “onkofertility” pertama di Malaysia dilihat permulaan yang baik terhadap usaha itu.

“Industri kesuburan merupakan satu daripada tiga bidang tertinggi dalam industri pelancongan kesihatan dan perubatan. Yang pertama melibatkan rawatan kardiovaskular (rawatan jantung), onkologi (kanser) dan fertility (kesuburan).

Kerajaan menyambut baik kewujudan pusat rujukan yang pertama di Malaysia ini yang juga turut menyediakan perkhidmatan konservasi ataupun pembekuan tisu ovari. Sehubungan itu kita menyarankan supaya pihak universiti bukan sahaja melahirkan bakat dalam bidang ‘onkofertility’ tetapi juga saintis yang boleh terlibat dalam bidang genetik dan kesuburan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat