Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan ‘UiTM’ Bermula Hari Ini

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

‘Tolong hormati pendirian pelakon bertudung’

KUALA LUMPUR: Luahan hati pelakon remaja, Mia Sara Nasuha yang kecewa terhadap segelintir syarikat produksi yang masih memintanya membuka tudung, sedangkan sudah lima tahun...

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan kutipan berjumlah RM15 juta daripada hasil bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan siri ‘UITM’ yang dilancarkan, hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, hasil kutipan itu akan disalurkan kepada Tabung Endowmen UiTM bagi membiayai pengajian pelajar yang berkaitan serta aktiviti pengajaran dan penyelidikan universiti.

Beliau berkata, selain itu hasil kutipan juga akan menjadi sumber pendapatan tambahan kepada UiTM untuk memastikan kelangsungan dan pembangunan institusi pengajian tinggi berkenaan.

“Universiti awam di Malaysia digalakkan untuk mengumpul dana tambahan sebagai sumber pendapatan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembangunan infrastruktur masing-masing.

“Kita juga mempunyai rangkaian alumni yang besar melebihi 700,000 orang. Jadi, sudah tentu nombor pendaftaran khas kenderaan ini akan mendapat sambutan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Bidaan Dalam Talian ‘UiTMBida’ di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Hafiz Shamsani Othman.

Platform dalam talian ‘UiTMBida’ diwujudkan bagi memastikan proses bidaan dan transaksi penjualan serta pembelian nombor pendaftaran kenderaan khas tersebut selamat kepada pembida.

Proses bidaan dan penjualan nombor pendaftaran khas ‘UITM’ yang bermula dengan angka 10 hingga 9999 itu akan berlangsung selama tiga tahun mulai hari ini di laman web https://uitmbida.uitm.edu.my/.

Sementara itu, Mohd Azraai berkata, pihaknya mendapat kelulusan JPJ untuk menjual nombor pendaftaran khas kenderaan siri ‘UITM’ pada Disember 2019 seperti yang dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri dua tahun lalu.

“UiTM tidak ketinggalan mengambil inisiatif ini sebagai antara usaha untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan universiti kepada geran kerajaan.

“Setakat ini, kita sudah ada RM72 juta dalam Tabung Endowmen UiTM. Dengan tambahan RM15 juta melalui penjualan nombor pendaftaran khas kenderaan itu, kita harap lebih ramai pelajar akan mendapat manfaatnya,” katanya. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Beri kupon komputer riba bantu pelajar ikuti PdPR – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian komputer riba bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Ketua...

PKP: Mahkamah utamakan kes berkepentingan awam, perbicaraan Najib bersambung 27 Jan

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh...

Usah politikkan Proklamasi Darurat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail...