Jentera UMNO Sudah Bersedia Hadapi PRN Sabah – Mohamad Hasan

Cyberjaya – UMNO telah mempersiapkan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata pembahagian zon tugasan telah dilakukan dengan teratur oleh bilik gerakan UMNO di ibu pejabat parti, dan jentera dari setiap negeri telah diarahkan untuk bergerak ke kawasan masing-masing.

“Semalam semua ketua bahagian Kelantan sudah berada di Sabah kerana mereka diberi tanggungjawab untuk kawasan Timur Sabah. Jentera dari Terengganu pula akan ke Tawau, Sandakan dan Kudat. Bagi Negeri Sembilan dan Melaka, mereka ditugaskan ke kawasan Putatan, Penampang, Sepanggar dan Kota Kinabalu,” katanya.

Menurut Mohamad Hasan, sebahagian petugas parti telahpun memulakan gerak kerja di Sabah seiring dengan pembahagian tugasan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jertih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat