Caj Penghantaran Makanan Naik, Rakyat dan Peniaga Tertekan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta kerajaan agar segera mengambil tindakan terhadap syarikat penghantar makanan yang menaikkan caj kepada peniaga dan juga pelanggan.

Beliau menjelaskan menerima aduan dan rungutan daripada peniaga yang menyedari syarikat penghantar makanan telah menaikkan harga lebih 30 hingga 70 peratus daripada harga makanan sebenar.

“Saya melihat aplikasi laman sesawang yang dibuka setiap hari, harga yang dicaj kepada rakyat tidak masuk akal dan saban hari ada sahaja peningkatan harga tanpa disedari oleh pelanggan.

“Harga ini pula tidak termasuk kos penghantaran dan ditambah lagi caj cukai dan lain-lain. Ada juga yang meminta pembeli membeli memberikan tips kepada penghantar makanan. Walaupun diminta secara sukarela dan ikhlas, tetapi ibarat mereka ingin lepas tangan sahaja,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“Saya dimaklumkan juga, yang syarikat penghantar ini akan mengurangkan bayaran penghantar dan sebagainya,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Melihat kepada tekanan ekonomi rakyat dalam era pandemik Covid-19 dimana kekangan untuk keluar membeli makanan adalah terhad, rakyat tidak mempunyai pilihan selain menggunakan perkhidmatan penghantar makanan.

Oleh yang demikian beliau meminta agar pihak bertanggungjawab menarik semula lesen perniagaan terhadap syarikat penghantar makanan yang mengambil kesempatan.

“Saya meminta agar pihak kerajaan dan berwajib segera ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penghantar ini atau menarik lesen perniagaan mereka.

“Kesianlah pada rakyat, peniaga yang terpaksa ikut undang-undang syarikat tanpa boleh bersuara dan juga penghantar yang bertungkus lumus berkhidmat untuk syarikat terbabit,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat