MP UMNO Masih Duduk Di Blok Kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun UMNO telah bertindak menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pun begitu barisan menteri dan ahli Parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Memetik Malaysakini semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberitahu petugas media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan tempat duduk di parlimen.

Carta tempat duduk di laman web Parlimen yang dikemas kini semalam menunjukkan timbalan perdana menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein duduk bersama Muhyiddin dan menteri kabinet lain seperti Datuk Seri Azmin Ali dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Meskipun Azhar mengatakan tidak berlaku sebarang perubahan, namun dapat dilihat bahawa Ismail Sabri kini mengambil alih tempat yang sebelum ini duduki Azmin.

Menerusi carta itu, ahli Parlimen UMNO berada di sebelah ahli parlimen PAS, Bersatu dan parti-parti lain dari MCA, MIC serta dari Sabah dan Sarawak.

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu telah memutuskan bahawa semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari UMNO perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya Ordinan Darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan desakan Umno bahawa pengisytiharan dan Ordinan Darurat mesti dimansuhkan semasa sidang khas Parlimen hari ini.

Memetik Perlembagaan Persekutuan, Zahid berkata menurut Perkara 150 (7), peraturan darurat akan terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi darurat kecuali dimansuhkan oleh parlimen.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan menyaksikan menteri kabinet memberikan taklimat kepada ahli-ahli parlimen mengenai tindakan menangani Covid-19.

Persidangan khas parlimen ini diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen bersidang segera, namun dijangka tidak akan berlaku perbahasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat