Bukan Bidang Kuasa Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenyataan yang menyarankan individu khuatir disuntik dengan vaksin kosong supaya melakukan ujian ‘Covid Neutralizing Antibody Test’ adalah di luar bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sehubungan itu, sebarang kesulitan atau persoalan yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan sebelum ini adalah dikesali.

“PDRM kekal komited untuk menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan akan mengambil langkah selari dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 dalam proses memastikan perkhidmatan vaksinasi terbaik disampaikan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Abd Jalil berkata, penerima vaksin yang gelisah dan berasa diperdayakan boleh membuat ‘Covid Neutralizing Antibody Test’ di makmal perubatan yang berlesen iaitu selepas sebulan menerima suntikan dos kedua untuk mengesahkan keberadaan antibodi dalam badan.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat