DOF Pahang lepaskan 200,000 ekor benih udang galah bagi kelestarian sumber perikanan

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUANTAN – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Pahang telah melepaskan sebanyak 100,000 ekor benih udang galah ke Sungai Kuantan dan Sungai Belat sempena program Pelepasan Benih Udang Galah di sini pada Isnin.

Menurut DOF Pahang, program ini diharapkan dapat memulihara dan menjamin kelestarian sumber perikanan sungai.

Ianya juga dapat memastikan kemampanan spesies ini di habitat alam semula jadinya di samping meningkatkan sumber pendapatan nelayan darat.

“Selain itu, dapat meningkatkan stok udang galah di perairan sungai dan mempergiatkan aktiviti perikanan rekreasi di kawasan tersebut,” katanya.

Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Kuantan, Nor Diana Ismail telah menyempurnakan pelepasan benih udang galah ke Sungai Kuantan dan Sungai Belat.

Turut serta, Pegawai Perikanan Kanan DOF Putrajaya, Mohd Azhar Mohd Zin; Pegawai Marin Wilayah 3 Kuantan, Inspektor Akram Mohd Yusoff dan, Ketua Daerah Perikanan Kuantan, Mohd Asri Awalluddin.

Dalam pada itu, ke arah tujuan yang sama, sebanyak 100,000 benih udang galah turut dilepaskan ke perairan Sungai Pahang, Pangkalan Nelayan Kg. Tanjung, Pekan.

Pelepasan ini telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan DOF Pahang, Mohamad Hafiz Mushidi Shakori dan, Ketua Daerah Perikanan Pekan, Amir Firdaus Mohd Nasir, bersama-sama komuniti nelayan darat setempat. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat