Vaksin AstraZeneca sesuai untuk warga emas – Dr Adham Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Vaksin AstraZeneca disahkan selamat untuk digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang kini memasuki pelaksanaan fasa kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin itu akan digunakan untuk imunisasi golongan berusia 60 tahun ke atas yang dinilai sebagai paling sesuai menerimanya.

Beliau memaklumkan, vaksin itu akan digunakan dalam fasa kedua program imunisasi berkenaan, namun tidak menyatakan bila pemberiannya dijadualkan bermula.

“Sudah sampai sebanyak 280,000 dos (vaksin AstraZeneca) dan kita akan menggunakannya,” katanya pada sidang media.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penerbangan dari India dihad atau dihentikan, dalam usaha mengatasi penularan dari negara terbabit.

Ketika ini, beliau berkata, ada kebimbangan mengenai varian mutasi Covid-19 dari luar negara, terutama India.

“Kita berkemungkinan besar akan memohon kepada kerajaan untuk mengehad atau menghentikan penerbangan dari India berikutan ada mutasi berganda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat