Kerakusan penentang darurat lebih teruk daripada pelampau agama – Hadi Awang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap parti politik yang membantah proklamasi darurat tidak memandang berat penularan wabak Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa manusia di serata dunia.

Bahkan kata beliau, parti politik yang membantah darurat lebih teruk daripada golongan pelampau agama memandangkan mangsa korban akibat Covid-19 lebih ramai daripada mangsa letupan bom.

“Kerakusan mereka lebih teruk daripada golongan pelampau agama yang meletupkan bom dan membunuh dengan jumlah yang jauh lebih kecil dibandingkan dengan mangsa wabak Covid-19 yang tersebar di seluruh pelosok dunia terkini.

“Di Malaysia pula, kini muncul kumpulan yang menentang perintah darurat kesan penularan pandemik tersebut. Seolah-olah mereka tidak berada di planet bumi yang dilanda wabak itu.

“Alasannya hanyalah lebih bersifat politik untuk mengintai agar mendapat kuasa yang terlepas, laksana ayam terlepas tangannya berbau.

“Namun, mereka langsung tidak peduli terhadap kemungkinan bahaya yang mendatang, dengan mengambil langkah politik sepanjang masa, tanpa mempedulikan terhadap bahaya wabak yang memakan korban di seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan dalam Harakah Daily.

Beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah turut menambah, kelompok itu bersembunyi di belakang alasan ekonomi dan keselamatan demi untuk kekal bermain politik.

Pada Januari lalu, kerajaan melaksanakan proklamasi darurat bagi mengekang penularan kes Covid-19, sejurus menggantung sidang Dewan Rakyat.

Pihak pembangkang dan beberapa parti kerajaan membantah pelaksanaan tersebut dan menggesa kerajaan supaya kembali mengadakan sidang parlimen.

Susulan itu, parti pembangkang serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menubuhkan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut memperkenankan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap baginda bagi menyerahkan memorandum tersebut, pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat