Polis Percaya Sajat Di Luar Negara

- Advertisement -

PETALING KAYA – Polis percaya usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atas kesalahan jenayah syariah kini berada di luar negara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berdasarkan siasatan maklumat Polis berpendapat Nur Sajat kemungkinan besar tidak lagi berada di dalam negara ini.

“Bagaimana dia berada di sana Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang memungkinkan dia boleh berada di luar negara. Apa sekali pun, kita tidak akan putus asa untuk mengesannya,” katanya selepas sidang akhbar kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, pagi tadi.

Acryl Sani memberi jaminan Polis akan membantu mengikut kemampuan kerana berkenaan merupakan kes mahkamah syariah.

Pada Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat