PAC pun tak bersidang, bagaimana nak pantau kerajaan ketika darurat?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (PAC) menyanggah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassanbahawa badan itu mampu memantau pentadbiran kerajaan ketika darurat.

Pengerusinya Wong Kah Woh membangkitkan sama ada Takiyuddin tidak tahu, tidak mengambil tahu atau cuba mengelirukan orang ramai berkaitan penggantungan prosiding dan mesyuarat PAC, seperti diarahkan oleh speaker.

“Saya hendak bertanya sama ada YB Takiyuddin Hassan benar-benar tidak mengetahui perkara ini atau cuba untuk mengelirukan rakyat di luar sana?” katanya.

“PAC tidak akan membenarkan namanya digunakan oleh YB Takiyuddin Hassan semata-mata untuk memaparkan suatu persepsi kerajaan has nothing to hide (tiada apa untuk disembunyikan),” katanya memetik Malaysiakini.

Takiyuddin hari ini berkata semua masih boleh menyalurkan pandangan kepada kerajaan melalui saluran yang dibenarkan semasa darurat, seperti jawatankuasa khas bebas darurat yang menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sistem kerajaan berfungsi sebagaimana biasa termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguat kuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan PAC.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat