Dana KWAN boleh digunakan, elak defisit meningkat – Menteri Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 31 Disember 2020, KWAN memiliki dana sebanyak RM19.5 bilion.

Ia masing-masing merangkumi sumbangan Petronas sebanyak RM10.4 bilion dan pulangan pelaburan terkumpulab sebanyak RM9.1 bilion.

Katanya, kerajaan hanya menggunakan sebanyak RM5 bilion daripada jumlah dana terkumpul.

Selain itu, Tengku Zafrul menegaskan, kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad.

Sehubungan itu katanya, jika kerajaan tidak menggunakan dana KWAN, kadar defisit negara mungkin meningkat kepada 6.2 peratus.

Beliau berkata demikian dalam sesi sidang media khas di sini hari ini seperti dipetik Astro Awani.

Pada 21 April lepas, kerajaan meluluskan undang-undang untuk menggunakan dana KWAN untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat