Youn Yuh-jung, pelakon pertama Korea Selatan menang Oscar

- Advertisement -

Los Angeles: Aktres Youn Yuh-jung, 73, menjadi pelakon pertama Korea Selatan memenangi trofi Oscar pada Anugerah Academy 2021 yang berlangsung di Dolby Theatre, di sini, hari ini.

Youn menang kategori Pelakon Wanita Pembantu Terbaik menerusi lakonannya sebagai nenek dalam filem Minari.

Kemenangan itu sudah dijangka disebabkan namanya dicanang antara pesaing terkuat dalam kategori itu. Terdahulu, dia juga berjaya memenangi kategori sama di anugerah berprestij lain.

Youn menewaskan Maria Bakalova menerusi filem Borat Subsequent Moviefilm, Glenn Close (Hillbilly Elegy), Olivia Colman (The Father), dan Amanda Seyfried (Mank) dalam kategori berkenaan.

Filem Minari arahan Lee Isaac Chung lakonannya itu memang cukup mencetuskan fenomena luar biasa dalam sejarah perfileman dunia. Ia juga difilemkan hampir keseluruhan dalam bahasa Korea.

Minari berkisar penghijrahan keluarga warga Korea mencari kehidupan lebih baik di sebuah ladang di Arkansas, Amerika Syarikat. Filem itu sebahagiannya diinspirasikan daripada kisah hidup pengarahnya sendiri.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat