Nomadland dinobat Filem Terbaik Oscar 2021

- Advertisement -

Los Angeles: Anugerah Academy ke-93 atau Oscar 2021 menyaksikan filem Nomadland arahan Chloe Zhao dinobatkan Filem Terbaik dalam acara yang berlangsung dengan normal baharu di Dolby Theatre, di sini, hari ini.

Filem itu menewaskan tujuh karya hebat lain iaitu The Father, Judas and the Black Messiah, Mank, Minari, Promising Young Woman, Sound of Metal, dan The Trial of the Chicago 7.

Tidak ketinggalan, Nomadland juga menang kategori Pengarah Terbaik (Zhao) dan Pelakon Wanita Terbaik (Frances McDormand). Lebih membanggakan, Zhao menjadi wanita Asia-Amerika pertama menang kategori Pengarah Terbaik itu di Oscar.

Menerusi ucapannya, Zhao berkata kemenangan itu ditujukan kepada sesiapa juga yang sentiasa mencari kebaikan dalam sesuatu perkara.

“Satu frasa yang sentiasa melekat di kepala saya adalah setiap orang dilahirkan dengan kebaikan. Meskipun kedengaran kurang benar, namun saya sentiasa jumpa kebaikan setiap kali bertemu seseorang dalam dunia ini,” katanya.

Selain Zhao, turut membanggakan semestinya aktres Youn Yuh-jung, 73, yang menjadi pelakon pertama Korea Selatan memenangi trofi Oscar. Dia dinobatkan Pelakon Wanita Pembantu Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Minari.

Untuk trofi Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi Anthony Hopkins menerusi The Father manakala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Daniel Kaluuya untuk filem Judas and the Black Messiah.

Acara terbabit sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 28 Februari lalu namun ditunda kerana situasi pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan. Ia dipancarkan secara maya dari Dolby Theatre dan Union Station tanpa hos.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat