Kerajaan sedia beri vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan pemberian vaksin kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun selepas mendapat pengesahan mengenai tahap keselamatan dan data klinikal berhubung kesan penggunaannya terhadap golongan tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini syarikat farmaseutikal Pfizer ada memaklumkan bahawa mereka akan menghantar maklumat ujian klinikal yang sedang dijalankan terhadap remaja berusia 12 hingga 15 tahun kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberitahu, maklumat sama juga kemudiannya akan dikemukakan kepada Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) Kementerian Kesihatan.

“Jika segalanya berjalan lancar, maka kita boleh beri vaksin tersebut kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun berbanding had umur 18 tahun ke atas sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah secara bersama dengan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di sini hari ini.

Selepas itu, beliau mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 daerah Alor Setar di Stadium Sultan Abdul Halim hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak merasakan pemberian vaksin kepada golongan remaja itu dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu antara dua hingga tiga bulan akan datang.

“Pfizer mungkin memerlukan masa untuk menilai data klinikal tersebut, selain perlu melalui prosedur tertentu,” katanya.

Setakat ini, beliau memberitahu, pihaknya telah menerima 490,116 senarai guru daripada sektor pendidikan awam dan swasta mendaftar sebagai penerima suntikan tersebut.

“Di Kedah ini juga, guru-guru sekolah pondok juga untuk mereka turut divaksin,” katanya.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat