Pelajar IPT Pulang Ke Kampung Secara Berperingkat Bermula Esok – Dr Noraini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman secara berperingkat mulai Isnin ini.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, hanya pelajar yang pulang ke kampung halaman dari zon hijau diberikan kebenaran ketika ini.

“Pelajar-pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat-peringkat mulai Isnin, 27 April 2020 KECUALI dari zon merah dan kuning.

“Pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau. Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menghantar para pelajar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, KPT telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenalpasti ke destinasi masing-masing.

Manakala bagi aspek keselamatan dan kesihatan pula jelas Noraini adalah prioriti utama pihaknya. Justeru setiap perkhidmatan pengangkutan akan diiringi oleh seorang pegawai perhubungan yang mempunyai senarai lengkap pelajar.

“Selain itu, saringan gejala (suhu badan, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) akan dijalankan oleh KKM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum pergerakan pelajar.

“Pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial (social distancing), memakai topeng muka (face mask) di sepanjang perjalanan dan mengamalkan kebersihan dengan memakai hand sanitizer,” kata Menteri Pengajian Tinggi itu.

Sebarang pertanyaan berkaitan garis panduan kepada ibu-bapa dan pelajar boleh menghubungi hotline Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat