100 Pesakit Pulih, 38 Kes jangkitan Baru dan Tiada Kematian Covid-19 Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tiada pertambahan kes kematian akibat pandemik Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes kematian daripada wabak bereknaan di Malaysia kekal sebanyak 98 kes iaitu 1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, terdapat 100 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,862 kes (66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Bagaimanapun Noor Hisham berkata, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 38 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

Sehingga kini katanya, sebanyak 36 kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat