Sudah Lama Berkhidmat Di Maharani, Noor Farah Cuma Perlu ‘Lebih Dikenali’

- Advertisement -

MUAR – Calon Barisan Nasional (BN) di N.15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Noor Farah Shamsuddin yakin dengan kekuatan ‘khidmat masyarakat’ yang dimilikinya untuk menumpaskan lima pencabar lain dalam pertembungan enam penjuru di sini.

Mengakui perebutan sengit yang bakal dihadapinya dalam siri kempen dan usaha untuk merampas kerusi DUN Maharani daripada Pakatan Harapan (PH) namun, Noor Farah yakin pengalamannya sebagai ahli majlis mampu menjadi nilai tambah untuk beliau.

“Saya rasa… saya tak perlu strategi sebab saya pun memang berkhidmat di dalam DUN Maharani sebelum ini.

 

 

“Saya ahli majlis dan saya akan teruskan kerja-kerja khidmat masyarakat di sini.

“Pun begitu, saya perlu kerja lebih keras untuk lebih dikenali di DUN Maharani ini,” katanya selepas penamaan calon di SML Seri Amar Diraja, Muar pada Sabtu.

Selaku calon muka baru untuk BN dan juga pertama kali bertanding, Noor Farah berharap beliau dan partinya diberi peluang menabur khidmat bakti di DUN Maharani.

“Pertembungan enam kerusi itu sengit juga tapi saya harap saya diberi peluang untuk saya berkhidmat di DUN Maharani.

“Sebab selama ini saya memang tinggal di DUN Maharani menetap di sini, bersekolah di sini dan saya harap saya dapat menabur bakti kepada penduduk di DUN Maharani,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya lagi antara pembaharuan yang bakal dibawanya ialah konsep memakmurkan Maharani.

“Kita akan fokus kepada golongan pelajar, warga emas, pendekatan yang lebih lancar kepada mereka yakni memudahkan dan membantu golongan itu,” kata Noor Farah.

Mengakui semua calon parti adalah hebat tetapi Noor Farah yakin pengundi di Maharani sekarang lebih bijak menilai.

“Saya optimis mereka akan memilih BN untuk menjadi wakil mereka,” tegas beliau.

N.15 DUN Maharani membabitkan perebutan enam calon iaitu Noor Farah Shamsuddin (BN); Nor Hayati Bachok (PH); Abdul Aziz Abdul Ralib (PN), Riad Ahmad (Pejuang); Muhamad Hanis Asmui Md Salleh (Parti Bangsa Malaysia) dan Lim Kim Joo (Bebas).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat