Calon BN Bukit Naning Tekad Bangunkan Kawasan Setaraf Bandar

- Advertisement -

BAKRI: Calon Barisan Nasional (BN) N.14 Dun Bukit Naning, Datuk Fuad Tukirin bertekad akan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning pada 12 Mac depan.

Katanya, beliau ingin melihat masyarakat di Bukit Naning menerima pembangunan yang setaraf mereka yang tinggal di bandar-bandar atau di Pekan-pekan yang menerima limpahan pembangunan yang telah disediakan oleh kerajaan.

“Maklumlah di kawasan Mukim Ayer Hitam ini sedikit terbelakang dan jauh sedikit daripada Pekan,

“Saya (survey) kawasan-kawasan dan saya melihat internetnya yang lemah, dan kita cuba perbaiki jalan-jalan kampung yang rosak supaya masyarakat di Bukit Naning dapat menerima setaraf pembangunan setaraf rakyat di bandar.” ujar beliau ketika ditemubual oleh SuaraTV selepas proses penamaan calon, pada Sabtu.

Terdahulu pada awal pagi tadi, sebanyak lima borang percalonan telah diserahkan kepada Pegawai Pilihan Raya N.14 Dun Bukit Naning oleh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Hj Ahmad Nazri Rebu berkata, calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Md Ysharudin Kusni telah menghantar borang pencalonan pada jam 9.00 pagi, diikuti calon Barisan Nasional, Datuk Fuad Tukirin pada jam 9.03 pagi.

“Seterusnya calon parti Pejuang, Datuk Hj Ibrahim Hj Shafie pada jam 9.06 pagi, Hj Mahathir Hj Abu Said dari Perikatan Nasional (PN) pada jam 9.08 pagi, dan calon bebas Jeganathan a/l Subramaniam.” umum Ahmad Nazri selepas selesai kesemua calon menghantar borang percalonan mereka, di Dewan Maktab Teknik PDRM, sebentar tadi.

Pada PRU14 lepas, calon Parti Keadilan Rakyat Ysahrudin bin Kusni telah memangi kerusi N14 Bukit Naning dengan memperolehi 7,280 undi menewaskan dua calon iaitu Hasan bin Johari dari Barisan Nasional (5728) undi, Azman bin Ibrahim dari PAS (1,677) undi dan calon bebas Jeganathan a/l Subramaniam memperolehi 364 undi.

Ysahrudin menang dengan majoriti 1,552 undi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat