Tahun ini tidak lagi dengar rungutan tiket mahal’ – Loke

- Advertisement -

SEPANG – Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi tambang penerbangan maksimum pada musim perayaan telah berjaya mengurangkan keluhan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut beliau, kejayaan ini menjadi bukti keberkesanan dasar kerajaan MADANI yang telah setahun dilaksanakan. Inisiatif ini memastikan harga tambang penerbangan lebih terkawal dan mampu milik, terutama untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Tahun ini kita tidak lagi mendengar rungutan di media sosial tentang tiket penerbangan balik ke Tawau atau Sandakan yang mencecah RM2,000. Semuanya terkawal, dan ramai rakyat mengambil peluang dengan tambang tetap ini,” katanya selepas menghadiri majlis pelepasan penerbangan tambahan Malaysia Airlines (MAS) ke Tawau dan Sandakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1, hari ini.

Anthony Loke berkata kerajaan telah menetapkan tambang penerbangan maksimum sebanyak RM499 sempena musim perayaan. Namun, ada syarikat penerbangan seperti MAS yang menawarkan tambang lebih rendah, termasuk tambang tetap serendah RM300 untuk penerbangan khas waktu malam.

“Ini membuktikan bahawa intervensi kerajaan berjaya meringankan beban rakyat,” jelasnya.

Keputusan kerajaan melanjutkan subsidi tambang juga mendapat sambutan hangat dengan kapasiti tempat duduk penerbangan mencecah 95 peratus. Sambutan ini termasuk penerbangan balik dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur.

Selain MAS, syarikat penerbangan lain seperti AirAsia dan Batik Air turut menambah penerbangan tambahan untuk memenuhi permintaan tinggi sepanjang musim perayaan. MAS sendiri menawarkan 102 penerbangan tambahan pada waktu malam, menjadikan jumlah keseluruhan 219 penerbangan mingguan sepanjang musim perayaan ini, dengan tambang tetap bermula RM349 sehala ke Sabah dan Sarawak.

Usaha berterusan ini diharap mampu memastikan harga tiket penerbangan kekal berpatutan pada masa depan, sekaligus mengurangkan beban rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat