Amber melangkah ke hadapan dengan enam selebriti Gred A sebagai ikon jenama

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dalam langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup terkemuka, Amber, di bawah naungan Usanita Sdn Bhd, telah memilih enam selebriti gred A iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah sebagai wajah rasmi mereka.

Kehadiran nama-nama besar ini dijangka mempercepatkan usaha Amber untuk menjadi jenama utama dalam industri fesyen, kecantikan, dan gaya hidup Malaysia.

Pelantikan selebriti ini bukan sekadar langkah pemasaran. Ia melambangkan sinergi antara visi Amber dengan nilai yang diwakili oleh setiap ikon. Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, menyifatkan kolaborasi ini sebagai cerminan aspirasi Amber untuk menjadi simbol gaya hidup moden, elegan, dan premium.

“Setiap selebriti dipilih kerana keunikan mereka yang mampu menyuntik inspirasi kepada pelanggan kami. Kehadiran mereka membawa mesej bahawa Amber adalah untuk semua yang mengutamakan kualiti dan gaya,” kata Datuk Adzliana.

Seiring pengumuman ini, Amber turut membuka butik flagship di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur. Direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang mewah, butik ini menggabungkan fesyen, kecantikan, dan keanggunan dalam satu destinasi.

Selain koleksi pakaian sedia pakai (RTW), butik ini memperkenalkan perkhidmatan Amber Bespoke yang menyediakan rekaan tempahan khas mengikut cita rasa pelanggan. Perkhidmatan ini dijangka menarik perhatian mereka yang mengutamakan eksklusiviti dan sentuhan peribadi.

Diversifikasi dengan Sub-Jenama Baharu

Bagi meluaskan capaian, Amber melancarkan tiga sub-jenama utama:

  1. Amber RTW: Koleksi pakaian ready-to-wear yang menyasarkan keseimbangan antara elegan dan praktikal.
  2. Amber Beauty: Produk kecantikan dan wangian untuk meningkatkan keyakinan diri.
  3. Amber Home: Koleksi wangian rumah yang membawa elemen kemewahan ke ruang peribadi.

Wajah-wajah rasmi Amber terdiri daripada enam selebriti gred A yang mencerminkan pelbagai aspirasi dan gaya hidup pelanggan. Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti yang terkenal dengan gaya hidup moden, menjadi simbol nilai kekeluargaan yang bahagia dan harmoni. Kehadiran mereka melambangkan inspirasi kepada pasangan muda yang mencari keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

Aina Abdul pula membawa elemen keberanian dan kreativiti, mencerminkan semangat generasi muda yang gemar mengekspresikan diri dengan berani. Sementara itu, Fattah Amin dan Nora Danish menonjol sebagai ikon yang mengimbangi profesionalisme dengan komitmen terhadap kerjaya masing masing.

Dalam kalangan generasi baharu, Sophia Albarakbah menyerlah dengan aura inovasi dan gaya moden, menjadi lambang dinamik dan daya tarikan terkini. Kombinasi keenam-enam selebriti ini melengkapkan visi Amber sebagai jenama yang inklusif dan relevan kepada semua lapisan masyarakat.

Amber memegang teguh prinsipnya untuk menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Strategi ini memastikan jenama ini relevan kepada semua peringkat masyarakat.

Pelancaran butik flagship dan sub-jenama ini memperkukuhkan lagi status Amber sebagai jenama gaya hidup premium. Dengan perancangan jangka panjang untuk meluaskan sayap ke peringkat serantau, Amber bersedia menjadi pemacu utama dalam industri gaya hidup.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat