BN mahu dapatkan majoriti solid di Johor, tak mahu dibuli, diugut lagi

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah tindakan ‘main-main’ sebaliknya berpaksikan hasrat untuk menjadikan kerajaan negeri Johor yang lebih mantap dan tidak mudah diperkotak-katik oleh mana-mana pihak.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa tidak sewajarnya ada kerajaan Persekutuan mahupun negeri yang sentiasa diugut, sering terpaksa akur kepada kehendak-kehendak tertentu dan tidak mempunyai masa sepenuhnya untuk menumpukan agenda membangunkan negara membangunkan negeri seterusnya memberi kemakmuran kepada rakyat.

Kerana katanya, kerajaan yang tidak memiliki mandat dan majoriti solid mudah menjadi ‘mangsa buli’ parti lain yang memanipulasi politik.

“Tanggungjawab adakan PRN adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang diberi mandat. Kita bukan main-main nak adakan pilihan raya negeri ini tetapi itulah yang perlu kita adakan.

“…kerana sentiasa sahaja dipersoal tentang kesahihan kerajaan, mandat rakyat perlu didapatkan semula daripada awal dulu ini yang kita persembahkan semula kepada rakyat dan juga pengundi Johor.

“Supaya pilihlah kerajaan, parti yang mana mereka boleh berikan mandat untuk mentadbir Johor dengan majoriti yang baik.

“Kita tidak boleh ada kerajaan Persekutuan mahupun negeri yang sentiasa diugut, terpaksa akur kepada kehendak-kehendak tertentu dan tidak mempunyai masa sepenuhnya untuk menumpukan agenda membangunkan negara, membangunkan negeri seterusnya memberi kemakmuran kepada rakyat. Sebaliknya kita mahukan Johor yang lebih mantap,” tegas Mohamad pada sidang media Majlis Perjumpaan Pengerusi BN dengan UMNO, MCA dan MIC Johor pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat