Akar umbi tolak PAS, pucuk pimpinan teliti dulu sebelum buat keputusan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Majoriti kepimpinan akar umbi mahu Barisan Nasional (BN) berjuang solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Pun begitu Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu pimpinan tertinggi BN akan meneliti dan mempertimbangkan sebaiknya sebelum membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan PAS atau nekad bersendirian seperti kehendak akar umbi.

“Majoriti daripada kepimpinan di semua peringkat bahagian akar umbi mahukan BN berseorangan dalam pilihan raya ini.

“Tetapi walau bagaimanapun peringkat pemimpin tertinggi akan meneliti dengan sebaik-baiknya sebelum apa jua keputusan yang nak dibuat supaya apa yang diputuskan nanti akan mendatangkan kebaikan kepada BN dan bukan sebaliknya,” tegas Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Jumaat lalu, PAS dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan UMNO bagi membentuk kerjasama sebagai persediaan menghadapi PRN Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat