Bengkel Ditenggelami Banjir, Pengusaha Buntu Baiki Semua Kenderaan Pelanggan

- Advertisement -

DUNGUN – Banjir yang melanda daerah Dungun sejak Ahad lalu turut menyebabkan peniaga menanggung kerugian besar.

Mohamad Fauzi Mamat, 39, yang mengusahakan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Pinang Merah Paka berkata, kenaikan air yang mendadak menyebabkan bengkelnya ditengelami banjir.

“Saya tidak sempat menyelamatkan kesemua alat ganti dan pelbagai peralatan yang berada di dalam bengkel gagal diselamatkan.

“Selepas membuat pemeriksaan hari ini, saya sangat sedih selepas mendapati hampir keseluruhan alat ganti rosak dan tidak dapat digunakan,” katanya.

Katanya, selain itu, lapan buah kereta termasuk sebuah lori pelanggan yang sedang dalam pembaikian turut ditengelami air kerana gagal diselamatkan.

“Waktu kejadian itu hujan sangat lebat sehingga menyebabkan jalan utama dari Pinang Merah ke Kampung Nyior tidak dapat dilalui semua kenderaan.

“Saya ketika itu sangat risau memikirkan keadaan itu dan tidak berani ke bengkel dengan menggunakan bot kerana air banjir sangat laju,” katanya.

Mohamad Fauzi berkata, dia terpaksa memeriksa semula keadaan kereta pelanggan itu dan berharap tiada kerosakan yang lebih serius.

“Saya kini sangat buntu untuk melakukan pembaikan semula kesemua kenderaan pelanggan serta membeli kelengkapan serta peralatan yang rosak dan jumlah kerugian masih belum dibuat penilaian.

“Sepanjang 10 tahun saya membuka bengkel di sini, ini adalah kejadian banjir besar yang pertama berlaku sehingga menengelamkan bengkel saya,” katanya.

Sementara itu, menurut mekanik, Mohamad Fauzi Mamat, 39, perniagaan diusahakannya sejak 10 tahun lalu lumpuh sepenuhnya selepas bengkelnya di Kampung Pinang Merah ditenggelami air keseluruhannya menyebabkan kesemua peralatan dan alat ganti rosak akibat ditenggelami air.

Bagi pemilik kedai menjual tayar, Ahmad Albab Wahab, 27, premisnya turut dinaiki air yang menyebabkan kedainya itu turut mengelami kerosakan termasuk beberapa mesin elektrik.

“Mesin tayar, mesin penjajaran tayar dan kompresor dan sempat saya selamatkan dan kesemua kerugian termasuk kerosakan kedai saya anggarkan bernilai RM30,000.

“Saya langsung tidak membuat persiapan kerana tidak menyangka banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2014. Dah nak buat macamana dan nak marah pada siapa, saya terpaksa redha dengan ujian ini,” katanya.

Katanya, dia sangat berharap supaya kerajaan atau mana-mana pihak yang dapat membantu kesemua peniaga sepertinya sebagai mengurangkan beban yang dialami. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat