Umno tarik balik penggantungan keahlian Tajuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Majlis Kerja Tertingggi Umno membuat keputusan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman selama enam tahun berkuatkuasa serta merta hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, umno sebulat suara membuat keputusan ini selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan Umno.

“Majlis Kerja Tertingggi sebulat suara untuk melepas dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Sebagai Ahli Umno berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan Umno,”katanya menerusi kenyataan media.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu selepas ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Masjlis kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

Terdahulu, Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti,

Bagaimanapun Zahid pada Ogos lalu memaklumkan rayuan Tajuddin akan dibawa ke perbincangan MKT.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat