Sokong cadangan pengurangan waktu jam bekerja – Presiden CUEPACS

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik dan menyokong langkah kerajaan Johor yang bercadang mahu melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah.

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat dalam kenyataannya berkata, inisiatif kerajaan Johor untuk meneliti cadangan pelaksanaan memendekkan waktu bekerja itu sebenarnya selari dengan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan produktiviti.

Selain itu, menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam terutama dalam memperkasakan perkhidmatan digital.

Adnan berkata, langkah memendekkan waktu bekerja bukanlah suatu perkara yang patut dilihat daripada sudut yang negatif kerana ia sebenarnya telah pun dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, untuk rekod pada pada 1 Januari 2023 kerajaan melalui Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) telah menetapkan tempoh waktu bekerja dikurangkan kepada 45 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu sebelum itu.

Menurutnya, pengurangan waktu bekerja itu sedikit pun tidak menjejaskan produktiviti di semua sektor pekerjaan termasuklah sektor awam.

Pelbagai langkah telah diambil dan diselaraskan untuk memastikan kualiti produktiviti terus ditingkatkan.

Menurutnya lagi, menerusi proses dan sistem teratur yang dilaksanakan kelak, CUEPACS yakin waktu bekerja yang pendek benar-benar akan membawa kepada peningkatan produktiviti kerana para pekerja berasa bersemangat dan dihargai.

“Kebanyakan negara-negara maju telah pun memendekkan waktu bekerja dan langkah tersebut langsung tidak menjejaskan sedikit pun produktiviti sumber manusia di negara berkenaan.

“Iceland antara kayu pengukur kejayaan kepada pengurangan waktu kerja iaitu daripada purata 40 jam kepada 35 jam seminggu,”katanya.

“Pekerja dapat menikmati hidup yang lebih sihat, bekerja tanpa tekanan dan seterusnya diterjemahkan dengan meningkatkan produktiviti pekerjaan.

“CUEPACS yakin kerajaan tidak akan melaksanakan perkara ini tanpa membuat kajian atau penelitian dengan lebih lanjut,”katanya lagi.

“CUEPACS juga yakin penjawat awam akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam apa jua keadaan sekali pun.

“Ia sekaligus boleh menjadi sebagai pemangkin dalam mereformasikan perkhidmatan awam bersandarkan nilai-nilai yang kukuh buat penjawat awam selari dengan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A dan H.E.M.A.T yang dicetus oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),
sebagai panduan kita berasama, ”tambahnya lagi.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat