Pesawat Airbus A350 muat lebih 300 penumpang, berapa ramai delegasi swasta ikut? – Marzuki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Marzuki Mohamad mempersoalkan jumlah delegasi syarikat swasta yang menyertai perjalanan lawatan kerja rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke empat negara baru-baru ini.

Hal ini kata Marzuki, pesawat Airbus A350 boleh muat antara 300 hingga 350 penumpang.

Jadi katanya, kalau 80 peratus kos bersamaan dengan 80 peratus tempat duduk bermakna syarikat-syarikat swasta bawa antara 240 hingga 280 pegawai.

“Kalau 240 hingga 280 pegawai semuanya travel bersama dengan boss dalam satu pesawat, itu melancong namanya bukan bekerja.

“Jadi, kalau jumlah delegasi swasta tidaklah seramai itu, adakah syarikat-syarikat swasta bayar untuk baki kerusi-kerusi yang kosong dalam pesawat? soal Marzuki dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Beliau malah mempersoalkan rasional jumlah besar delegasi swasta yang terbang bersama dalam urusan rasmi itu.

“Ini satu jumlah yang besar. Saya rasa tak mungkinlah sebab syarikat-syarikat swasta adalah berasaskan keuntungan dan mereka nak jimat kos.

“Kalau bawa pegawai seramai tu, berapa pula kos hotel, makan-minum, kenderaan dan lain-lain yang mesti ditanggung oleh syarikat?

“Kalau ya pun takkanlah semua pegawai ni travel bersama dengan boss-boss mereka. Biasanya mereka akan pergi dulu untuk urus logistik (kenderaan, hotel, tempat makan, tempat mesyuarat dan lain-lain itinerary boss sebelum boss sampai). Bila boss sampai, mereka akan sambut di lapangan terbang dan angkat beg boss. Itu kerja pegawai,” ujar Marzuki.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara, sebaliknya ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dengan kos RM1.6 juta.

Anwar menjelaskan baki tempat duduk dalam pesawat khas Malaysia Airlines tersebut ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya mempunyai tujuan ke negara-negara berkenaan bagi urusan pelaburan atau usaha sama dan syarikat-syarikat tersebut membayar kos masing-masing yang berjumlah RM4.5 juta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat